Addicted to Blogger World
Happy teacher's day!
Khamis, 16 Mei 2013 | 0Superstar (s)!

   Assalamualaikum awak awak sekalian. Harap awak awak semua ni sihat sihat belaka :3 Harini adalah hari yang paling istimewa buat satu dunia. Kan kan? Selamat Hari Guru Zatyy ucapkan pada seluruh guru guru yang mengajar! Terima kasih sebab mengajar kami membaca, menulis dan mengira dengan tanpa rasa jemu. Walaupun para pelajar banyak sakitkan hati para guru semua, guru guru masih mampu bersabar mengajar kami sehingga menjadi orang yang berjaya! Wah wah, itu lah kata kata semangat untuk cikgu cikgu yang mengajar! Hahaha, amacam? Ada baik? Wkwkwkwk XD Harini banyak yang dah berlaku kat sekolah. Zatyy rasa tahun ni adalah tahun yang paling best sempena menyambut hari guru. Taktahu kenapa, sebab bagi Zaty tahun ni tahun yang paling bermakna untuk Zaty dan kawan kawan Zaty. Jyeahhh, Zaty akan cerita kan detik detik bersama kawan kawan dan cikgu cikgu Zaty di sekolah.

   Firstly, mestilah setiap sekolah ada buat perhimpunan rasmi bagi menyambut hari guru. Kan? Macam sekolah kitaorang jugak, so macam biasalah ada ucapan dari kementerian pelajaran or whatever lahh. Bab tu Zaty tak ambil port sangat, malas nak tadahkan telinga bagi dengar taklimat tu. Hahaha, Zaty tunggu persembahan dari kawan kawan sekelas Zaty. Zaty mati mati ingat Farah ngan Masyitah akan naik pentas, nyanyi lagu terima kasih dan akan pakai beg kertas tu. Rupanya diorang ni dah pakat nak kenakan Zaty and the geng! Kwajar tak kwajar! Zaty cubit terus lengan Masyitah ngan Farah, biar padan muka diorang! Kahkahkahkah XD

   Persembahan yang ditunggu tunggu tiba jugak akhirnya, daripada Rasyid dan Hanis! Sempoi lah, deme nyanyi lagu kehilangan. Terbaik ah cakap! Wawa main gitar warna putih kepunyaan Lokman! Dah habis giliran deme, perempuan pulak nyanyi. Menyampah ngan sorang perempuan tu, cover gila suara tu. Suka lagi Hamizah nyanyi! Dah lah perempuan gedik tu nyanyi tak tunggu muzik, main redah dia jee! Puihh puihh!! Dah, jangan cerita bebanyak pasal dia. Then, persembahan dari cikgu Azizah dan cikgu Shahidah! Mereka nyanyi lagu Count on me from Bruno Mars! Tamat lah sudah semua persembahan. Semua pelajar diminta beratur, lepastu bergegas ke kelas masing masing.

   Sampai kat kelas aku pergi kat tempat aku dan buka beg nak ambil senarai duit kelas. Kahkahkah XD Tetiba je duit kelas kena kutip. Malas nak cerita pasal duit kelas ni, sebab time tu aku moody seketika. Biar aku je tahu kenapa aku moody! Then, Hana ngan Farah nak pergi bagi hadiah kat cikgu. Tapi mereka masuk kelas balik sebab nak panggil Zaty. Mula mula Zaty taknak ikut, sebab ingatkan deme nak pergi berdua je. Deme paksa jugak Zaty pergi, tanya kawan kawan semua nak ikut atau tak. Setengah daripada kelas tu je ikut.

   Kitaorang bergerak ke bilik guru, cikgu pertama yang kami cari semestinya guru kelas yang disayangi! Kan? Cikgu Haslinda yang dah banyak bersabar dengan karenah kami sekelas. Lepas jumpa guru kelas, cari guru guru yang dah banyak berjasa pada kitaorang. Cikgu Mageswari, cikgu Zuwainah, cikgu Norhayati, cikgu Kamsiah, cikgu Ali, ustazah Norhana, cikgu Sohana dan cikgu Maznah. Bagi hadiah sambil tangkap tangkap gambar gitu! Banyak gambar yang kami tangkap, kejap lagi akan Zaty tunjukkan pada korang! Yeahh yeahhh! Okaylahh, setakat ni je yang mampu Zaty ceritakan tentang sambutan hari guru yang sudah terjadi dekat sekolah tadi. Hehe, hope you like it! Byee! Salam~

Guru guru yang sudah banyak berjasa pada kami :

Pn. Haslinda a.k.a Guru Kelas (Sains)
En. Ali (Bahasa Melayu)
Pn. Norhayati (Sejarah)
Pn. Zuwainah (Matematik/Sivik)
Pn. Mageswari (Matematik Tambahan)
  
Pn. Maznah (Bahasa Inggeris)
Pn. Sohana (Prinsip Perakaunan)
Ustazah Norhana (Pendidikan Islam)
  
  Pn. Kamsiah (Ekonomi Asas)

Bersama sahabat sahabat SEROJA! :

Sebelum bergegas ke bilik guru mencari cikgu! XD

Classmate yang super duper awesome! 

Perfect friends!

The boys! Afiz, Hanis, Izzul, Lokman and Muhammad.

Seroja classmate!

Opps! Hanis? Hahaha, w/ Hana, Wanie and Qama.

Hello guys! See! Lokman w/ Hana, Qama and Nasuha.

Cutiest classmate! Hana w/ Qama, Nasuha and Farah!


Love you! Wkwkwkwk! My boyfiee Afizuddin ;)




Older Post
The Disclaimer

Hi peeps. What's up? Don't forget to read this blog. Blahblah goes here :D

Peace! Babe ;)

Baby Me and You :D


Diary About Stuff Site


Just Hear It

Instagram ;)

Instagram